Taksonomi dan evolusi Kucing

Kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica, merupakan subspesies berdekatan dengan kucing domestik.Kucing domestik India.

Felis ialah sebuah genus mamalia yang berkembang pesat yang berkongsi moyang yang sama hanya 10-15 juta tahun yang lalu[6] dan merangkumi singa, harimau, kugar dan lain-lain lagi. Dalam keluarga ini, kucing domestik (Felis catus) ialah sebahagian daripada genus Felis yang merupakan kumpulan kucing kecil yang mengandungi kira-kira tujuh spesies (bergantung kepada skema klasifikasi).[1][7] Ahli-ahli genus didapati di seluruh dunia dan merangkumi kucing hutan (Felis chaus) di Asia Tenggara, liar Eropah (F. silvestris silvestris), liar Afrika (F. s. lybica), kucing gunung China (F. bieti), dan kucing pasir Arab (F. margarita) serta lain-lain lagi.[8]

Kucing domestik pertama kali diklasifikasikan sebagai Felis catus oleh Carl Linnaeus dalam edisi ke-10 Systema Naturae yang diterbitkan pada tahun 1758.[1][3] Lantaran filogenetik moden, kucing domestik biasanya dianggap sebagai satu lagi subspesies liar itu, F. silvestris.[1][9][10] Ini telah menyebabkan penggunaan campuran terma kerana kucing domestik boleh dipanggil dengan nama subspesies kemuncak, Felis silvestris catus.[1][9][10] Kucing liar juga telah dirujuk sebagai pelbagai subspesies F. catus[10] tetapi pada tahun 2003, Suruhanjaya Antarabangsa Tatanama Zoologi menetapkan nama untuk kucing liar sebagai F. silvestris.[11] Nama yang paling biasa digunakan untuk kucing domestik kekal F. catus berikutan konvensyen untuk haiwan ternakan menggunakan sinonim yang paling awal (kanan) yang dicadangkan.[11] Kadang-kadang, kucing domestik dipanggil Felis domesticus[12] atau Felis domestica[1] seperti yang dicadangkan oleh naturalis Jerman JCP Erxleben pada 1777 tetapi ini bukanlah nama-nama taksonomi sah dan telah jarang digunakan dalam kesusasteraan saintifik[13] kerana binomial Linnaeus yang diutamakan.[14] Populasi kucing liar hitam Transkaukasia pernah diklasifikasikan sebagai Felis daemon (Satunin 1904) tetapi kini populasi ini dianggap sebagai sebahagian kucing domestik.[15]

Semua kucing dalam genus ini mempunyai leluhur yang sama yang mungkin tinggal di sekitar 6-7 juta tahun lalu di Asia.[16] Hubungan tepat dalam kalangan Felidae dekat tetapi masih tidak menentu,[17][18] contohnya kucing gunung Cina kadang kala dikelaskan (di bawah nama Felis silvestris bieti) sebagai subspesies liar, seperti kepelbagaian Afrika Utara. F.S. lybica.[9][17]

Berbanding anjing, kucing tidak menjalani perubahan besar semasa proses penjinakan lantaran bentuk dan tingkah laku kucing domestik tidak keterlaluan berlainan dengan kucing liar dan kucing domestik mampu hidup di hutan.[19][20] Kucing rumah yang dijinakkan sepenuhnya sering dibiakkan dengan populasi liar F. catus.[21] Evolusi terbatas semasa penjinakan bermakna penghibridan boleh berlaku dengan banyak di antara felid lain terutamanya harimau kucing Asia. Beberapa tingkah laku semula jadi dan ciri-ciri kucing liar barangkali telah meyesuaikan mereka untuk dijinakkan sebagai haiwan kesayangan.[20] Ciri-ciri ini termasuk saiz mereka kecil, bersifat sosial, bahasa badan yang jelas, minat bermain dan kecerdasan yang tinggi.[22] Beberapa spesies felis kecil barangkali mempunyai kecenderungan semula jadi ke arah penjinakan.[20]

Kucing boleh mempunyai hubungan yang mutualistik atau komensalisme dengan manusia. Dua teori utama diberikan tentang bagaimana kucing telah dijinakkan. Salah satunya, kebanyakan orang dengan sengaja menjinakkan kucing dalam proses pemilihan buatan kerana mereka pemangsa kutu yang berguna.[23] Teori ini telah dikritik sebagai tidak masuk akal lantaran ganjaran bagi usaha penjinakan barangkali terlalu sedikit; kucing umumnya tidak menjalankan perintah dan walaupun mereka makan tikus, spesies lain seperti feret atau terier barangkali lebih baik untuk mengawal perosak ini.[9] Teori lainnya berdasarkan idea bahawa kucing hanyalah diterima oleh orang kebanyakan dan secara beransur-ansur menyimpang daripada saudara-saudara liarnya melalui pemilihan semula jadi sambil menyesuaikan diri dengan memburu binatang perosak yang ditemui di sekitar manusia di pekan dan kampung.[9]

Rujukan

WikiPedia: Kucing http://php.med.unsw.edu.au/embryology/index.php?ti... http://www.environment.gov.au/biodiversity/invasiv... http://www.abc.net.au/news/2015-03-30/scientists-c... http://cats.about.com/cs/catmanagement101/f/lifesp... http://azdailysun.com/lifestyles/pets/article_46a9... http://www.bksv.com/catspurr http://www.catpert.com/ http://www.catster.com/lifestyle/cat-behaior-cats-... http://edition.cnn.com/2004/TECH/science/04/08/cat... http://www.darumamagazine.com/new/articles-excerpt...